Thursday, May 12, 2011

Shiriyo....hasil penciptaan ku...

Assalamualaikum..........


korunk penah dgr x barang yg namenye shiriyo....
jom kite  kenal shiriyo................



  • shiriyo adalah bermaksud 4 kegunaan....seperti 4 in 1...kalo nescafe biasenye 3 in 1,gula,kopi,creamer
  • ia adalah sejenis alat keluaran elektronik
  • sesuai di gunakan bagi pengguna laptop yang suka dengar lagu kuat-kuat
  • boleh bertukar gamba mengikut kesukaan anda
ini lah dye..shiriyo...
..ok..lets me introduce about the  function of shiriyo.....

  1. sbg usb port...maksimum  4 usb port
nampak 3 je kan,,lagi satu,,kene rotate skit bende ni

          2. speeker....maksimum volume speeker ini dikawal oleh laptop..bukan pada shiriyo ini

ini adalah bahagian dalam nye....prasan x ada lampu Led yg x bernyala tu

       3. sebagai lampu tidur....bila 2 wayar shiriyo, ,   when usb connected to usb port  and the  wayar of speeker connected on laptop,,SHIRIYO can produce it can used by Led Light..i put blue Led to make it become nice light lamp to user....

kalau waktu malam lagi nampak lightinnya..tapi gambar ini di ambil pada waktu siang




       4. bekas alat pensel...boleh letak pansel atau pen anda...ini sebagai langkah proaktif yang bagi pengguna yang kadang2 menulis diatas kertas..untuk copy resipi kedalam note book,,ape2 je la yg nak tulis...jadi, bila pen atau pen ada disisi laptop anda,,anda tidak perlulah mencarinye didalam pencil box







nampak x...hasilnye...



 ini lah yang dinamakan shiriyo..hasil penciptaan sendiri  yang menggambil beberape bulan...untuk mengkaji penciptaanya... ok tak hasil ciptaan alat elektonik saya ini?

Wednesday, May 11, 2011

peMimpin Mcm ni Yg Patot DicontOhi..

korunk penah dgr ahmadinejad x???

bg warga skola aq,,,yg rapat dgn k.as..a.k.a asmira...mmg korunk rase pernah dengar ahmadinejad yang selalu disebult oleh kak as....jom kita mengenali ahmadinejad..bg sesiapa yg tak mengenalinya lagi
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, ketika di wawancara oleh stesen Televisyen Fox (AS) tentang kehidupan peribadinya:

"Ketika anda melihat cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?" Jawabnya: "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya: "Ingat, kau tidak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggungjawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran ."
 

Berikut adalah gambaran Ahmadinejad, yang membuat orang terkagum dan terkesima :


1.
 Saat pertama kali menduduki pejabat presiden
Beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.


2.
Beliau mendapati bahawa terdapat ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menyambut tetamu VIP, lalu beliau mengeluarkan arahan untuk menutup ruang tersebut dan menyuruh pegawai istana untuk menggantikannya dengan ruang yang biasa dengan 2 kursi kayu. Walaupun  nampak sederhana tetapi terlihat menakjubkan. 

3. Di banyak kesempatan, beliau dikenali sebagai seorang yang suka berjenaka dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat presidennya.


4. 
Di bawah kepimpinannya, ketika beliau meminta menteri-menterinya untuk datang kepadanya dan menteri-menteri tersebut akan menerima sebuah dokumen yang ditandatangani yang mempunyai arahan-arahan darinya, arahan tersebut terutama sekali menekankan para menteri-menterinya untuk hidup secara sederhana dan disebutkan bahawa segala rekod peribadi mahupun ahli keluarga terdekat mereka akan diawasi, sehingga pada saat menteri-menteri tersebut keluar dari pejabatnya, mereka keluar dengan kepala menegak.


5.
 Langkah pertama beliau ketika itu ialah mengumumkan kekayaan dan harta benda beliau yang terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah di Teheran. Rekod banknya mempunyai baki paling minimum, dan satu-satunya wang yang masuk adalah gaji bulanannya.


6.
 Gajinya sebagai pensyarah di sebuah universiti hanya senilai US$ 250 (RM 750).


7.
Ahmadinejad masih tinggal di rumah warisan ayahnya. Hanya itulah yang dimiliki oleh seorang presiden dari negara yang penting, baik secara strategik, ekonomi, politik, pertahanan dan pengeluaran minyak. Bahkan beliau juga dikatakan tidak mengambil gajinya, alasan beliau adalah semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.


8.
 Satu perkara yang membuatkan para staf di pejabat presiden kagum adalah beg yang selalu dibawa oleh beliau setiap hari selalu berisikan sarapan; roti atau roti keju yang disiapkan oleh isterinya dan beliau juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.
 

9. Hal lain yang beliau ubah ialah Penggunaan Jet Terbang Presiden, beliau mengubahnya menjadi pesawat kargo sehingga dapat menjimatkan duit cukai yang dibayar rakyat dan untuk dirinya,
beliau hanya meminta untuk terbang dengan pesawat terbang biasa dengan kelas ekonomi.


10.
Beliau kerap mengadakan pertemuan dengan menteri-menterinya untuk mendapatkan info tentang kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan, dan beliau memansuhkan protokol istana sehingga menteri-menterinya dapat masuk terus ke pejabatnya tanpa sebarang halangan.
Beliau juga menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto, atau penerbitan peribadi, atau hal-hal seperti itu ketika berkunjung di berbagai tempat di negaranya.

11. Sekiranya perlu menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.


Apakah perilaku tersebut merendahkan kedudukan presiden? Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawalnya yang selalu mengikut kemanapun beliau pergi.
Menurut akhbar Wifaq, gambar-gambar yang diambil oleh adiknya tersebut, kemudian dipaparkan oleh media masa di seluruh dunia, termasuk Amerika.



12. Sepanjang solat berjemaah, anda dapat melihat bahawa beliau tidak duduk di saf paling depan

13. Ketika suara azan berkumandang, beliau akan terus mengerjakan solat di manapun beliau berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa.

14. Majlis perkahwinan anak lelaki beliau hanya berlangsung dalam keadaan yang amat sederhana, bahkan majlis itu tidak ubah seperti perkahwinan kaum Buruh sahaja. Berikut adalah gambar-gambar majlis perkahwinan seorang anak presiden.
Tetamu hanya dihidangkan buah-buahan dan minuman
   


Kagum dan respect betul dengan Ahmadinejad ini, alangkah bagusnya jika pemimpin-pemimpin Malaysia juga mempunyai personaliti seperti beliau. 

Ilmu itu UmpaMa Nur...

"Barangsiapa yg bljr ilmu quran besar harga dirinya,brgsiapa yg bljr ilmu hadis tinggi martabatnya,brgsiapa yg bljr ilmu bahasa lembut hatinya,brgsiapa bljr ilmu hisab tajam pemikirannya & brgsiapa yg tak memelihara diri,sia2lah ilmunya"Imam Syafie

bak kate kwn sy,,

x salah kalau seorang posmen baca buku bertajuk hukum hidraulik & termodinamik,seorang hakim baca kitab perubatan ibnu sina,seorang arkitek baca buku perundangan , seorang doktor menyelidiki ilmu geologi, atau mungkin ustazah belajar tntg ilmu pengemudian pesawat!!...