Sunday, June 23, 2013

Kewangan Da'ie

Hidup ini tidak lari dari hutang .

Pada hakikatnya, hutang bukanlah suatu isu yang mudah. Allah s.a.w telah menjelaskan secara terperinci selok-beloknya di dalam ayat al-Quran , yakni surah al-baqarah ayat 282.

Ayat ini menerangkan tentang keperluan melantik jurutulis hutang dan tatacara berhutang.Jelas sekali,hutang bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat main-main. Malah sehingga si penghutang telah meninggal dunia pun, warisnya wajib membayar balik hutangnya.

Rasulullah S.A.W bersabda(maksudnya) : "Jika orang mukmin itu tergantung (tertahan) dengan hutangnya sehingga hutang itu dibayar (HR at-Tarmizi)

Tahukah anda bahawa suatu masa dahulu , ada sebuah kerajaan islam yg gemilang akhirnya tersungkur dek menaggung hutang yang terlalu banyak hingga menyebabkan pentadbirannya menjadi kacau bilau ?

Itulah kerajaan Turki Uthmaniyah- khalifah islam yang terakhir.

Kerajaan Turki Uthmaniyah telah meninggalkan hutang sebanyak berbilion pounds  , dan hampir separuh daripadanya adalah bunga pijaman !

"Eh, bukan ke bunga itu riba?" :p

Ya , mereka sudah jauh daripada apa yag disyariatkan Allah S.W.T sehingga terlibat dalam riba yang haram. Kemungkinan juga, inilah salah satu punca kejatuhan khalifah Islam yang terakhir.

Hutang memberi kesan kepada individu, malah kepada ekonmi negara juga.Oleh itu, berwaspadalah dari terjebak hutang.Jika ada hutang, percepatkan urusan pembayaran. Seboleh-bolehnya, elakkan hutang yang melibatkan bunga kerana kadar bunga mencapai nilai yang tinggi apabila kita berhutang (sebenarnya nak point  sesiapa yang berhutang dengan PTPTN..,bunga tinggi)

MAri kita buat checklist n amalkan beberapa prinsip :

1) Hutang atas dasar keperluan sahaja
2) Jelas dengan kontrak hutang
3) Bayaran balik, mampu dan mahu
4)Hutang sebagai penyelesai masalah sementara

No comments:

Post a Comment

Ilmu itu UmpaMa Nur...

"Barangsiapa yg bljr ilmu quran besar harga dirinya,brgsiapa yg bljr ilmu hadis tinggi martabatnya,brgsiapa yg bljr ilmu bahasa lembut hatinya,brgsiapa bljr ilmu hisab tajam pemikirannya & brgsiapa yg tak memelihara diri,sia2lah ilmunya"Imam Syafie

bak kate kwn sy,,

x salah kalau seorang posmen baca buku bertajuk hukum hidraulik & termodinamik,seorang hakim baca kitab perubatan ibnu sina,seorang arkitek baca buku perundangan , seorang doktor menyelidiki ilmu geologi, atau mungkin ustazah belajar tntg ilmu pengemudian pesawat!!...